PRK Besut semalam dimenangi oleh calon dari BN iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman...Aku memang telah menjangkakan keputusan ini sejak awal lagi.Ini berdasarkan atas beberapa sebab yang mungkin ramai orang Malaysia malas nak fikir. Ini adalah kerana budaya berfikir telah menjadi budaya yang amat asing dan taboo di Tanah Melayu ini. Ramai yang mengikut resmi Hang Tuah walaupun kini ramai yang mengangkat Hang Jebat sebagai wira. Sedangkan mereka patut tahu bahawa Jebat berfikir di luar kotak dengan mengatakan Tuah tidak bersalah atas kajian yang dilakukannya. Bukan bertindak membuta tuli...heheheh
Berbalik kepada isu di atas.. keputusan ini seperti yang aku jangka kerana beberapa faktor:-
1. Yang pertama, seperti yang kita sedia maklum calon PAS Che Long bukan menentang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman seorang tetapi beliau menentang segerombolan pasukan BN yang terdiri daripada kerajaan Malaysia dan juga Media arus perdana. Bayangkan betapa hebat pasukan yang ditentang oleh calon PAS ini. Kenapa saya menyebut kerajaan Malaysia??? ini kerana menteri-menteri BN dengan sewenang-wenangnya mengumumkan peruntukan kepada penduduk Besut ketika berkempen. Berbagai Jabatan dan Agensi kerajaan mengadakan program di Besut untuk membantu calon BN. Begitu juga bantuan-bantuan kewangan diberi oleh agensi kerajaan kepada penduduk Besut ketika kempen calon BN. Ianya seumpama pasukan futsal menentang pasukan bola sepak padang..
2. Yang kedua, calon PAS juga perlu menentang media-media arus perdana yang dikawal oleh BN. Setiap hari di kaca-kaca tv (tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8, tv9) kita hanya melihat program dari pihak BN sahaja dan hanya mendengar keburukan di pihak PAS. Bagi pengundi-pengundi yang hanya bersumberkan siaran tv percuma, sudah pasti mereka akan memilih calon BN. Di pihak PAS dan juga calonnya hanya gambar mereka sahaja yang dapat dilihat..hehehe bercakap jauh sekali..
3. Media cetak juga memainkan peranan. Ini kerana hanya akhbar Sinar Harian sahaja yang memberikan berita secara telus bagi pihak PAS dan BN. Namun seperti yang diketahui, pengedaran akhbar ini amat terhad sekali. Bagi akhbar-akhbar lain iannya adalah amat proBN..bagi aku kredebiliti akbar seperti UTUSAN, BERITA HARIAN dan METRO adalah terlalu rendah dan bagi anak muda berumur sebaya aku adalah amat poyo dan tidak "educated" jika membaca akhbar-akhbar ini...heheheh kerana akhbar-akhbar ini membodohkan pembacanya..jadi bagi sesiapa yang membaca UTUSAN dll silalah bertaubat dan segarkan kembali otakmu...
4. SPR juga memainkan peranan yang cukup baik walaupun telah puas dikeji.. Ketulusan SPR dipertikaikan untuk PRK Besut kerana menetapkan hari pengundian pada hari bekerja. Sesuatu keputusan yang tidak mengambil faktor pengundi dan keadaan semasa. Apabila hari mengundi dibuat pada waktu bekerja, ini menyebabkan ramai pengundi yang tinggal di luar dari kawasan Besut tidak akan dapat membuang undi. Dan seperti yang kita ketahui, pengundi-pengundi luar ini adalah terdiri daripada pemuda-pemuda yang pastinya penyokong PAS dan PR. SPR juga tanpa segan silu dan rasa bersalah menutup sekolah-sekolah yang menjadi tempat pembuangan undi.Adakah ini satu tindakan yang bertanggungjawab?? sedangkan SPR boleh melakukan pada hari lain dan tidak mengganggu sesi persekolahan????
Empat faktor di atas sudah cukup untuk menumbangkan calon PAS secara total. Faktor di atas juga yang menyebabkan BN masih lagi memerintah sejak dulu hingga kini.. Sejak Tanah Melayu sebelum menjadi Malaysia..mereka berjaya mengongkong maklumat dan mengongkong keberanian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan