Aku mengenali MLM pada ketika aku masih belajar lagi dan boleh dikatakan aku "masak" dengan sistem tersebut. MLM bukanlah satu kesalahan tetapi bagi aku, ianya bukan sesuatu bidang yang aku perlu ceburi. Ini kerana MLM memerlukan kita mencari "downline" untuk menjana pendapatan dan seperti biasa taktik kereta mewah dan percutian ke luar negara adalah sandaran kelompok ini. Bukanlah ianya suatu kesalahan tetapi bagi aku sistem ini hanya menguntungkan "upline". Walaupun istilah yang berbeda digunakan, keputusan di hujung persamaannya tetap sama. Ianya tetap berbentuk piramid. Bagi individu yang telah menceburkan diri di dalam MLM, faktor keterujaan untuk menjadi kaya akan diterapkan di dalam minda mereka. Seperti sahabat aku, taktik "warming up" digunakan ke atas aku dengan harapan aku akan menyertai program ini..hehehe
Aku tidak mengatakan MLM ini salah, tapi bukan jiwa aku untuk menyertai perniagaan di dalam sistem ini. Aku lebih redha untuk menjual produk dari rumah ke rumah daripada menjual air liur memujuk orang untuk menjadi downline aku. Kerana aku berpendapat ada sedikit penganiayaan ke atas orang lain jika seseorang itu tidak dapat mencari sesiapa untuk masuk di bawahnya..
Strategi yang sering dilakukan adalah dengan menceritakan kejayaan orang-orang atau individu yang telah berjaya pasti akan dilakukan. Seperti contoh si polan yang berjaya mengumpul duit berdigit-digit dalam masa 3 atau 5 bulan berjaya melangsaikan hutang peribadi, berkahwin, beli rumah, beli BMW, berhenti kerja dan lain-lain. Cerita-cerita pemuda yang berumur 20 tahun dengan pendapatan 50k sebulan juga akan didendang-dendang dengan irama yang merdu. Kisah makcik tua yang terkejut dengan pendapatan lumayan apabila "join" MLM juga akan disorak-sorak sehabis nyata.. Ini pengalaman aku sendiri walaupun aku tidak pernah "join" MLM.. Cerita mereka hampir sama cuma nama watak yang berbeza. Yang pasti sebanyak mana pendapatan mereka, air pasti kita bayar asing-asing...hehehe
Ayat tidak perlu bekerja tetapi dapat menjana pendapatan lumayan amat berkesan kepada individu yang berfikir "ingin kaya tanpa usaha". Tetapi mereka tersilap kerana tiada kejayaan yang datang bergolek.. Anda perlu mencari ahli untuk penuhkan poket anda..tetapi pernahkah kita terfikir apabila semua orang masuk MLM di Malaysia apa akan jadi pada orang yang terakhir???
Aku bukanlah pakar ekonomi untuk membincangkan perkara ini.. Tetapi mengikut kajian aku.. "upline" di setiap jenama MLM adalah orang yang sama.. Mereka melompat dari syarikat yang lama kepada syarikat yang baru.. Strategi yang sama cuma istilah pemasaran yang baru..heheh
Jadi secara jujurnya aku telah kehilangan seorang sahabat kepada MLM sekali lagi. Kerana dia pasti tidak berjaya memujuk aku dan apabila kami berjumpa pandangan kami akan berbeza. Dia pasti lebih suka berbincang tentang wang dan harta. Dan bagi aku wang atau duit bukanlah segala-galanya. Wang memang penting tetapi semakin banyak wang yang kita ada, semakin banyak perkara yang akan terkorban. Ini adalah pasti..
Aku amat bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan pada aku. Tidak pernah terkurang malahan terlebih..
Tujuan aku menulis perkara ini bukan untuk memperlekehkan mereka yang berkecimpung di dalam MLM..tetapi ianya adalah sekadar luahan pendapat dan isi hati aku. Pada yang pernah berjaya tahniah aku ucapkan. Pada yang kurang berjaya, ianya adalah pengalaman anda dan salah satu perjalanan hidup anda yang telah tertulis.. Nikmatilah ia..
Akhir kalam dimana ada kemahuan di situ tersimpan rintangan..akal adalah kunci kejayaan dan nafsu adalah pembuka dan peruntuh jalan...
Hakikat sistem MLM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan