Ahad, 20 Januari 2013

Politik Malaysia

Politik Malaysia...

Bila kita berbicara tentang politik, secara tidak langsung pasti kita akan merujuk kepada orang Melayu. Ini adalah kerana orang melayu atau bangsa melayu adalah penduduk majoriti di negara ini. Dan berdasarkan sejarah juga, negara ini dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merujuk kepada bangsa yang pertama menetap di bumi bertuah ini.

Namun kini, politik di kalangan orang melayu adalah amat menyedihkan kerana mungkin atas nama kuasa untuk memerintah segelintir pemimpin melayu sanggup memperbodohkan kaum sendiri. Politik berdasarkan hujah sering diketepikan oleh pemerintah. Pemerintah seolah-olah lebih suka menakutkan bangsa melayu mengenai bangsa lain yang akan berkuasa dan bangsa melayu akan terpinggir. Ini adalah hujah yang sering diulang-ulang saban tahun terutama ketika menghampiri PRU. Orang melayu sering dibodohkan dan sering ditaku-takutkan. Dan kebanyakkan akan percaya terutama yang berumur. Kenapa ini terjadi?. Perkara ini terjadi akibat sejarah melayu yang telah dilenyapkan. Sejarah perjuangan bangsa yang ditutup oleh tangan-tangan yang berkuasa untuk kepentingan sendiri. 

Bukanlah menidakkan sumbangan pihak pemerintah BN, namun sebagaimana yang diketahui terlalu banyak kelompongan di dalam pentadbiran. Perubahan itu perlu, walaupun memerlukan pengorbanan. Setelah memerintah selama hampir 56 tahun ekonomi rakyat marhein masih lagi menjadi semakin sukar. Masalah moral semakin membimbangkan, kadar jenayah yang semakin menaik dan semakin ganas. Tidakkah kita terfikir ini adalah berpunca dari pendapatan rakyat yang semakin mengecil. Tawaran Pakatan Rakyat yang akan menurunkan harga petrol, menurunkan harga kereta, menawarkan perumahan kos rendah adalah amat menarik. Namun hujah menteri yang mengatakan negara akan bangkrup jika pakatan memerintah adalah amat memalukan dan menunjukkan kebodohan kerajaan sekarang.

Kenapa rakyat perlu menanggung kesusahan sedangkan rakyat telah melantik menteri-menteri ini untuk menguruskan kerajaan, menguruskan ekonomi. Kenapa perlu memberikan jawapan bangkrup untuk sedikit kesenangan rakyat sedangkan mereka sendiri ditanggung oleh hasil kerajaan/bumi yang juga adalah hasil rakyat. Sepatutnya pihak kerajaan BN menawarkan sesuatu yang lebih menarik. Bukan sekadar menyebut angka-angka GTP yang tidak ada kesan kepada rakyat.

Kepada rakyat Malaysia/Tanah Melayu, berfikirlah. Gunakan akal yang bijak. Melayu tetap melayu dan tidak akan hilang apa-apa jika kerajaan bertukar. Kuasa di tangan kita...

Dan mulai hari ini, aku akan berbicara tentang politik, perjuangan bangsa, agama dan sejarah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan