Kerajaan BN juga menidakkan tawaran PR dan sering menyatakan negara akan bangkrup jika PR melaksanakan apa yang dijanjikan. Sebagai rakyat, masalah ekonomi adalah tugas menteri-menteri yang kami telah lantik. Kenapa rakyat perlu menanggung beban sedangkan kami telah melantik menteri-menteri ini untuk berkhidmat dengan kami. Seharusnya pihak kerajaan memikirkan cara bagaimana untuk meringankan beban rakyat bukan menakutkan rakyat. Kami telah banyak berkorban memberikan hasil bumi ini untuk diuruskan oleh kerajaan tapi mengapa kami tidak memperolehi sebarang faedah.
Kerajaan BN telah terlalu lama memerintah, bukan menidakkan sumbangan mereka. Tetapi tahap pengurusan hasil negara kini seperti amat lemah. Projek bernilai jutaan ringgit yang tidak memberikan kesan kepada rakyat dan hanya gah di dada akhbar. Keuntungan PETRONAS yang bernilai bilion ringgit tetapi rakyat terpaksa membeli minyak dengan nilai yang tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi. Sedangkan PETRONAS itu adalah singkatan kepada Petrolium Nasional, bermaksud PETRONAS itu adalah hak bumi Malaysia dan rakyat seharusnya mendapat sedikit faedah. Kita tidak perlu menjadi terlalu kapitalisme dan mengorbankan rakyat.
Dato' Seri Najib seharusnya mempertimbangkan ini semua atas nama transformasi. Sehingga kini rakyat masih tidak dapat merasai bahang transformasi 1Malaysia selain dari BR1M. Bantuan singkat yang hanya membantu dalam jangka masa sangat pendek.
Dan yang terakhir sekali, kaedah politik yang tidak seimbang lebih menguntungkan PR. Kekangan media terhadap PR juga amat menyedihkan bagi kami rakyat marhien. Kami perlu menjadi pengadil di padang yang sama rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan